Kit Penilaiam Prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ini merupakan kit yang digunakan oleh guru prasekolah untuk menjalankan penilaian awal terhadap murid-murid Prasekolah Pendidikan Khas Prasekolah Bermasalah Pembelajaran. Kit ini diadaptasi daripada kit penilaian Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Kit dan Manual ini dihasilkan oelh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pembelajaran Malaysia.
Matlamat:
Mengenal pasti pengetahuan serta kemahiran sedia ada murid di peringkat awal prasekolah.
Objktif:
Kit Penilaian ini disediakan berdasrkan objektif berikut:
1. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam kemahiran asas bagi domain kognitif, koordinasi tangan-mata, bahasa dan komunikasi.
2. Mengenalpasti tindakan susulan untuk membimbing murid dalam kemahiran tetentu.
3. Membantu guru mengumpul maklumat sebagai rujukan dan perancangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kumpulan sasaran:
Murid-murid prasekolah pendidikan khas bermasalah pembelajaran dalam linkungan umur 4-6 tahun.
Brand: MALAYSIA